SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS10 | Sabah FC vs Selangor FC | Seterusnya Negeri Di Bawah Bayu

Apr 26, 2023 - FAS

Selangor FC akan mengunjungi Negeri di bawah Bayu bagi meneruskan  saingan Liga Super 2023 menentang Sabah FC pada hari esok (27 April) di Stadium Likas, Kota Kinabalu   jam 7.30 malam.

Ini merupakan pertemuan ke-16 di antara #SABSEL. Gergasi Merah telah memenangi 9 perlawanan dan 4 seri. Selain itu, 54 jaringan gol telah terhasil daripada pertemuan dua pasukan ini. Kali terakhir menentang Sabah adalah pada bulan September saingan Liga Super dengan kemenangan 3-2 di Stadium Likas. 

Pemain pertahanan tengah muda Selangor FC, yakin pasukan komited untuk menentang Sabah dan beliau mahu bantu pasukan dapatkan kemenangan.

"Alhamdulillah, persiapan pasukan berjalan dengan lancar. Walaupun pada hari raya kedua kami telah mulakan latihan, namun pasukan komited mengikut jadual yang telah disediakan oleh barisan jurulatih untuk kami bersedia dengan perlawanan esok.

Sabah mempunyai pemain-pemain yang berpengalaman dan sebagai seorang pemain pertahanan, Saddil Ramdani adalah antara pemain yang menarik dalam pasukan Sabah untuk saya berdepan esok. 

Saya akan buat yang terbaik untuk pasukan dan bantu Selangor dapatkan tiga mata penuh esok,” tegas Harith Haiqal

Bagi keberadaan pemain, berkemungkinan besar Khuzaimi Piee akan bersama pasukan untuk perlawanan #SABSEL setelah terpaksa berehat kerana mengalami kecederaan minggu lalu.

Pihak pengurusan Selangor FC sentiasa berada di belakang pasukan dalam mengharungi Liga Malaysia 2023. Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!